Thursday 22 September 2011

seekor ulat & sehelai daun hijau (kisah renungan)

assalammualaikum...


       lama sudah "TOMEY" tak update post..sebab? PUTUS CINTA...... eh2! bukan la..hehehe,sebab takde idea,otak tepu or takda cerita kot..bak kata mat saleh "blank".

 "hehe,apa2 je la"
 "cakap banyak lak "TOMEY" nie,korang baca je la story nie,huhu"


Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celah dedaun hijau.


 "Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut

tersentak daun hijau lantas menoleh kearah suara yang datang..

"Oh,kamu ulat.badanmu kelihatan kurus dan kecil,mengapa?" soal si daun hijau

"aku hampir tidak mendapat daun untuk dijadikan makananku,bolehkah engkau membantuku wahai sahabat".
tanya si ulat kecil.

"Boleh! boleh! datanglah kemari!" kata daun hijau.daun hijau terfikir,jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat,dia tetap akan hijau.Hanya kelihatan berlubang-lubang....tapi tak mengapalah!


Perlahan-lahan si ulat kecil mengerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau.setelah makan dengan kenyang,ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadu makanan si ulat.

ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih-sayang dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau.

sekalipun tubuhnya kini berlubang disana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.

tidak lama kemudian etika musim panas datang,daun hijau menjadi kering dan berubah warna.Akhirnya ia jatuh ke tanah ,disapu orang dan dibakar.

Demikianlah kehidupan kita.....hidup hanya sementara,kemudiaan kita akan mati.jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.