Tuesday 17 July 2012

CARA PEMAKAIAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK WAJAH/MUKA

Assalammualaikum, dah lama sangat rasanya TOMEY tak update blog ni.  Nampaknya seperti bersawang-sawang. Hari ni baru ada masa menulis itupun tercuri-curi masa selepas berbuka. Disini TOMEY kongsikan tip untuk pemakaian tudung mengikut bentuk wajah.

BENTUK MUKA OVAL

Biasanya boleh dikatakan bentuk
idaman .Oleh itu , dalam menggenakan tudung bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval . Sementara itu bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula , anda bebas memilih
gaya bertudung , bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband . Jadi jika anda penggemar selendang , anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak .

BENTUK MUKA PETAK

Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama , tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar . Dalam mengenakan tudung , bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang . Mereka yang mempunyai bentuk muka ini , perlulah bijak menggayakan selendang . Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar . Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan .

BENTUK SEGITIGA

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga , ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang . Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka . Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet . Bagi membolehkan bahagian kening
terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut . Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu
masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval . Bagaimanapun , cara pemakaian selendang haruslah
diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata . Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka .

BENTUK MUKA BULAT

Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi . Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung . Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran
kepala tidak kelihatan bertambah . Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang . Bagi pemilihan selendang , disarankan memilih selendang yang mempunyai
fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan . Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat . Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur .