Saturday 1 December 2012

Jenis-jenis dan material shawl pada masa kini




Hai , hari ni TOMEY nak berkongsi jenis-jenis dan material shawl pada masa kini . Pemakaian shawl ni macam dah jadi trend sekarang ni kan , by the way TOMEY pun peminat shawl

Shawl jenis MORTADA ( Haha , letak muka TOMEY sendiri )

JENIS-JENIS DAN MATERIAL SHAWL

POLYSTER - Material kesat ( ada juga yang licin ) . Kebiasannya bila dipakai akan melekat sikit kat dahi , Tapi kira ok la bagi yang baru nak berinak-jinak dengan pemakaian shawl 

MORTADA - Textur kedut-kedut halus / Kesat dan mudah dipakai ( macam picture TOMEY kat atas tu ) yang ni mudah dipakai dan dibentuk , tak perlu iron pun boleh terus digayakan 

CIFFON - Kebanyakkan plain shawl menggunakan meterial ni . material jenis lembut / ringan akan tetapi perlu sedikit kesabaran kepada si pemakai kerana texturnya terlalu lembut dan sukar dibentuk

COTTON - Ringan dan mudah dibentuk , Kebanyakkan pasmina menggunakan meterial ini 

COTTON SPANDEX  - Jenis material ni sangat-sangat best dipakai , selain sejuk dan lembut ia sangat selesa dipakai 

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis dan meterial shawl . kalau nak dihurai satu persatu mau sampai keesok tak habis TOMEY menaib , haha . Mungkin lain kali TOMEY akan share . Akhir kata ikut citarasa korang membeli , memakai dan menggayakannya .
                      

Friday 23 November 2012

Pengertian Teman , kawan dan sahabat

Apabila kita ingin berteman , janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin satu kelemahan , kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman , janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan , kau akan membencinya 

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya , kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan , kau mungkin akan menyalahinya

Andai kau ingin bersahabat , terimalah dia seadanya , kerana dia seorg sahabat yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna

Wednesday 19 September 2012

TIPS MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH DAN DISAYANGI SUAMI SELALU

    
                ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Auwww Chakk !!! Hai semua , sekian lama TOMEY menyepikan diri dari dunia blogger hari ini TOMEY kembali lagi menyerikan hari - hari anda semua .. Cewahh .

       Semenjak TOMEY sambung belajar dan bertukar status menjadi " PUAN " juga still berkerjaya makin terhadlah waktu - waktu yang ada . Segalanya kena bijak mengatur aktiviti ... Okeylah TOMEY tak nak berceloteh panjang lebar just nak berkongsi TIP dengan semua .. JOM BACA entri dibawah


 * Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

   Ini saja TIP yang dapat TOMEY kongsi . Insyaallah jika ada kelapangan TOMEY akan share TIP yang lain . Semoga berguna buat TOMEY dan juga korang .


 

     

Tuesday 17 July 2012

CARA PEMAKAIAN TUDUNG MENGIKUT BENTUK WAJAH/MUKA

Assalammualaikum, dah lama sangat rasanya TOMEY tak update blog ni.  Nampaknya seperti bersawang-sawang. Hari ni baru ada masa menulis itupun tercuri-curi masa selepas berbuka. Disini TOMEY kongsikan tip untuk pemakaian tudung mengikut bentuk wajah.

BENTUK MUKA OVAL

Biasanya boleh dikatakan bentuk
idaman .Oleh itu , dalam menggenakan tudung bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval . Sementara itu bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula , anda bebas memilih
gaya bertudung , bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband . Jadi jika anda penggemar selendang , anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak .

BENTUK MUKA PETAK

Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama , tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar . Dalam mengenakan tudung , bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang . Mereka yang mempunyai bentuk muka ini , perlulah bijak menggayakan selendang . Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar . Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan .

BENTUK SEGITIGA

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga , ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang . Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka . Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet . Bagi membolehkan bahagian kening
terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut . Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu
masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval . Bagaimanapun , cara pemakaian selendang haruslah
diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata . Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka .

BENTUK MUKA BULAT

Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi . Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung . Pilihlah anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran
kepala tidak kelihatan bertambah . Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang . Bagi pemilihan selendang , disarankan memilih selendang yang mempunyai
fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan . Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat . Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur .


Saturday 9 June 2012

BUDAYAKAN TEGUR MENEGUR DENGAN LEMAH-LEMBUT DAN BIJAKSANA


Firman Allah taala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa
cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku dihadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada
dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.

Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita
merubah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.
        Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan
semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur?

Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.
Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para manusia
supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya
dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut
dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita
memerangi mereka (ayat Qital).
Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para manusia  ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang
yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah
menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi
atas kesalahan mereka.

Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada
seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita
sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap
nasihat dan teguran yang dibuat.

Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan
nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya.

Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu
tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara
menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh
seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya
lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut:
“Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di
kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita
sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika
menegur saudara-saudari kita sesama muslim?

☆ Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari
musuh dan pergaduhan.


Warna baju dan tudung yang sesuai dengan anda

1. Warna pastel untuk semua, jika disalah pilih warna pastel, kita akan kelihatan 'jengkel' dengan apa jua pakaian yang digayakan.

2. Bagi yang mempunyai kulit kuning langsat, gayakan tudung dengan himpunan dari warna biru, lavender dan pink. Wajah nampak lebih menonjol dan terserlah. Elakkan
warna hijau dan kuning kerana ia membuatkan wajah tampak kusam.

3. Bagi yang mempunyai warna kulit putih, gayakan tudung dengan warna hijau, ungu, dan lavender. Ia membuatkan wajah kelihatan lebih segar. Warna merah jambu akan
membuat wajah bertambah pucat.

4. Kulit sawo matang sesuai dengan warna hijau dan kuning agar tampak lebih terang. Elakkan warna kelabu
dan yang agak gelap, agar wajah tidak kelihatan kusam.

5. Warna peach yang menyerlah untuk yang berkulit cerah.

6. Tudung tak semestinya harus dipadankan dengan warna
baju. Ia juga boleh dipadankan dengan warna aksesori.


Tuesday 21 February 2012

RAHSIA MENAMBAT HATI LELAKI


Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?



Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan. ( untuk yang telah berkahwin)

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki
Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Lelaki Yang  Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.


Sunday 29 January 2012

Kenapa lelaki hilang minat pada wanita




   

Ini juga punca laki cari lain
 

COMOT
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ni bermaksud ini boleh jadi melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh atau kerja yang dilakukan serta tindak- tanduknya.

CEREWET 

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

CEMBURU 

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan, tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. 

CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka juka pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi itu. Kadangkala tidak menutup aurat dengan sempurna juga turut disifatkan sebagai cuai dalam mentaati perintah agama. Sebahagian lelaki sensitif dalam soal begini.

CELUPAR 

Menurut Dr. fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

CABUL

Bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram tanpa menghirau batas pergaulan.

CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.

Saturday 21 January 2012

Tips Perancangan Perkahwinan






Ramai orang sanggup menghabiskan banyak RM time kahwin tanpa memikirkan kesan selepas hari perkahwinan. Sepatutnya, duit yang ada juga harus disimpan untuk saat2 selepas kahwin. Lepas kahwin, anda bukan lagi berseorangan tapi dah berdua dan memikul satu tanggungjawab yang penting.

Antara tips dan perancangan yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas perkahwinan:

Sebelum kahwin:

1. Sediakan ilmu dunia perkahwinan lebih2 lagi ilmu agama berkaitan. Pertunangan bukan lesen besar untuk kita berdua2an, berpegangan tangan dll.
2. Sediakan wang untuk barang hantaran, wang hantaran, mas kahwin, kenduri, hiasan dll. Cuba sedaya upaya untuk tidak membazir.
3. Kad kahwin mesti diedarkan sekurang2nya sebulan awal. Kalau lewat sangat, takut kalut plak nanti. Seminggu sebelum kahwin, dah banyak benda perlu dibuat untuk perkahwinan.
4. Jangan lupa kursus kahwin, beli borang kahwin, sediakan dokumen2 berkaitan, HIV test, dapatkan kebenaran kahwin luar mukim bagi lelaki, surat pengesahan bujang dll.

Semasa kahwin:

1. Hafal ucapan akad nikah , jawapannye ringkas aje "Saya terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu".
2. Jangan lupe plak bayaran untuk jurunikah
Selepas kahwin:
1. Persediaan pindah rumah. Nak beli perabot lagi, barang2 dapur lagi, pinggan mangkuk lagi. Kalau semua tu dah disediakan sebelum kahwin, bagusla. Kebanyakan barang dapur dah dapat hadiah kahwin. Rasanya tak perlu beli dah.

Thursday 19 January 2012

Cara memahami pasangan anda



Sebagai pasangan yang baik, tentu Anda ingin berbagi segala hal dengan pasangan Anda. Baik dalam suka maupun duka. Terlebih lagi dengan rasa sayang dan cinta Anda yang tulus. Anda pun akan bersedia melakukan segala hal untuk selalu menyenangkan pasangan Anda.

Sebagaimana halnya dengan kehidupan, Anda dan pasangan Anda tentu akan terdedah dengan berbagai macam persoalan. Dengan hubungan Anda yang selalu dekat, emosi Anda pun akan semakin dekat.
Anda tentu akan saling memahami satu sama lain. Bila pasangan Anda mendadak sikapnya berubah, Anda tentu akan bertanya-tanya. Terlebih lagi bila ia sedang marah, sedih, stres atau bahkan buntu. Saat seperti itu bukan berarti dia sudah tidak sayang lagi kepada Anda. Tetapi justeru pada saat seperti itu mahu perhatian dan sokongan Anda.

Berikut ini ada 4 cara di mana Anda sangat diperlukan. Dan cubalah untuk masuk dalam situasi tersebut serta membuatnya tersenyum kembali :


1. Saat Pasangan Anda Marah, Jangan Memberi Nasihat

Bila pasangan Anda dalam keadaan marah besar dan tidak dapat mengendalikan diri. Jangan pernah bertindak seolah-olah Anda sedang menasihatinya. Karana biasanya orang yang sedang emosi tidak pernah merasa bersalah dan tidak perlu untuk dinasihati. Bila Anda nekad, maka dia akan beranggapan bahwa nasihat Anda sebagai kritikan pedas.
Anda lebih baik mendengarkan semua kemarahannya dan bila sudah reda, Anda boleh menghiburnya dengan kata-kata mesra. Dengan begitu dia merasa diperhatikan. Katakan bahwa Anda selalu berada di pihaknya, walau pada kenyataannya ia melakukan kesalahan sekalipun. Anda juga boleh mencuba meredakan emosinya dengan mengalihkan perhatiannya dengan membahas segala hal yang membuat Anda berdua bahagia.

2. Saat Bersedih, Beri Dorongan

Banyak orang yang bersedih lantaran kemahuan dan impian sudah tidak sesuai lagi dengan kenyataan. Mungkin saja, pasangan Anda sedang sedih karana mendapat kritikan pedas dari atasannya. Dia tidak mau melakukan apa-apa kecuali menyesali kebodohannya. Pada saat seperti inilah dia perlu perhatian Anda.
Pandai-pandailah menghiburnya dan mengakui keadaan dirinya. Setelah itu beri dia dorongan. Buat dia bangkit kembali dengan mengatakan bahwa Anda sangat mencintainya dan dia adalah orang yang sangat baik. Cubalah untuk membuatnya lupa dengan kegagalannya dengan mengungkapkan keberhasilan yang pernah ia capai.

3. Saat Stres, Tenangkan Dan Tawarkan Bantuan

Bila orang sedang mengalami strees, biasanya ia akan bertingkah pelik dan sering marah-marah. Bila pasangan Anda dalam keadaan seperti ini, yang perlu Anda lakukan adalah memberikan simpati yang luar biasa. Beri dia semangat dan tawarkan bantuan Anda untuk memecahkan masalahnya. Bila jiwaannya telah tenang, bantu ia memikirkan persoalan yang membelenggu dan bantulah membuat keputusan. Andapun dapat memberikan penyelesaian yang masuk akal. Bangkitkan rasa percaya dirinya dengan mengatakan bahwa pasangan Anda pasti boleh menyelesaikan masalahnya.

4. Saat Buntu, Jangan Biarkan Jadi Gila

Jika pasangan Anda dalam situasi seperti ini, jangan Anda membuatnya lebih buntu lagi dengan memarahi dan menentang segala keputusannya. Beri dia pengertian bahwa apa yang dia lakukan tidak akan menyelesaikan segala masalahnya, bahkan boleh lebih parah. Cubalah untuk membuatnya lebih tenang dan buat dia bangkit kembali menyedari segala keputusannya. Jangan lupa untuk memberi dorongan cinta bahwa Anda sangat menginginkan dia jadi lebih baik.

Jangan pernah ragu untuk membuktikan rasa sayang dan cinta Anda melalui ungkapan-ungkapan dan perhatian yang Anda berikan ketika dia sedang memerlukannya. Cubalah berdiri pada posisinya, dan jauhkan sikap egois Anda dengan meninggalkan dirinya di saat sedang kesulitan. Cubaan tersebut dapat mengukur sejauh mana kadar kasih sayang yang Anda miliki. Bila Anda berjaya dari cubaan tersebut, Anda mungkin akan menjadi sepasang kekasih yang sejati