Saturday 31 December 2011

Cara menetapkan matlamat dan azam




Sebut pasal tahun baru, biasanya orang akan bercakap mengenai AZAM tahun baru. Jadi apakah azam anda tahun 2012 ini? Sudahkah anda menetapkan azam atau matlamat anda tahun ini?


Apakah perkara yang penting yang perlu anda catatkan dalam membuat matlamat??

* Menetapkan matlamat dengan jelas
* Merancang cara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
* Melaksanakan perancangan

  • #1 : Tetapkan azam/matlamat yang dapat memotivasikan anda 
  • Pastikan azam atau matlamat yang anda buat itu dapat memberikan motivasi dan semangat kepada anda. Bagaimana nak tau azam/matlamat kita tu ada motivasi atau tak? OK, cuba pejamkan mata anda dan bayangkan yang anda telah pun mencapai matlamat anda tu. Adakah anda berasa sangat teruja dan merasai keseronokannya? Adakah anda dapat merasai betapa gembira dan cemerlang nya anda mencapai matlamat itu? Kalau ya, bermakna matlamat/azam yang anda buat itu memang dapat memotivasikan anda.

  • # 2 : Gunakan teknik S.M.A.R.T dalam menentukan matlamat anda

S = Specific (terperinci / khusus)

Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah khusus. Contohnya, “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini”.

M = Measurable (boleh diukur/dinilai)

Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Contohnya (kalau ikut matlamat di atas), “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, jangkaan nilai/harga ialah RM80,000”. Pentingnya nilai/harga di sini, ialah kerana kita akan dapat membuat kiraan/nilaian kemampuan kita dan tahap pencapaian yang telah dicapai dari semasa ke semasa. Contoh matlamat kita di sini ialah ialah untuk beli kereta Vios, maka kita perlukan duit kira2 RM80,000 sebagai ukurannya. Kalau kita kena bayar deposit 10% daripada harga kereta, bermakna kita kena ada duit sekurang2nya RM8,000. Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya memiliki kereta Vios. Maka tulislah dalam matlamat kita tu seperti ini “Aku ingin membeli kereta Toyota Vios baru dalam tahun ini, dengan deposit harga sebanyak RM8,000”.

A = Attainable (boleh/mampu dicapai)

Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu juga mestilah boleh/mampu dicapai.
Contohnya (sama seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan buat part time untuk cari duit deposit kereta Vios aku sebanyak RM8,000. Aku akan buat mengajar tuisyen selepas waktu kerja dan dapatkan sekurang2nya RM50 sehari dan menyimpan duit itu untuk membayar deposit kereta nanti”.Maknanya di sini, kita telah letakkan komitmen atas diri sendiri sebanyak RM50 sehari untuk kumpul duit deposit membeli kereta Vios yang diidamkan tu.

R = Realistic & Relevan (realistik & berkaitan)

Sesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistik dan relevan dengan diri kita.
Contohnya (seperti contoh di atas): “Mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum tahun 2010″. Matlamat seperti ini sememangnya realistik dan kita pasti mampu melakukannya.
Contoh matlamat yang tidak realistik ialah “aku nak beli Kereta Ferrari”. Tetapi dia hanya bekerja sebagai kerani dan tiada pengalaman untuk buat ‘part time’. Jadi, matlamat sebegini hanyalah seperti angan-angan Mat Jenin.

T = Time-Bound (tempoh masa/ deadline)

Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu atau deadline.
Contohnya, “Aku akan beli Vios dalam tahun 2009 ini. Jadi mulai sekarang aku akan mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari selepas waktu kerja untuk dapatkan RM50/hari dan menyimpan semua duit tersebut sehingga terkumpul RM8,000 sebelum bulan Oktober 2009. Aku akan membeli Vios selewat2nya dalam bulan Disember 2009″. Maka, bermula dari sekarang, aku akan kontek pusat2 tuisyen dan start mengajar tuisyen sekurang2nya 2 jam sehari.” Maka, adalah sangat jelas dicatatkan dalam matlamat bahawa, tempoh masa untuk mencapai matlamatnya mengumpul RM8,000 ialah sehingga bulan Oktober 2009 dan beli vios selewat2nya bulan Disember 2009. Ia adalah tempoh masa yang jelas.
  • #3: Tuliskan azam/matlamat anda.
Tulis matlamat anda dan lekatkan ditempat2 yang mudah dilihat di bilik anda. Anda juga boleh tulis di atas sehelai kertas, lipat dan masukkan dalam ‘wallet’ anda. Bawalah kemana2 supaya anda boleh tengok dan ingatkan diri anda tentang matlamat/goal anda. Dengan menulis matlamat dan melihatnya secara kerap, anda sebenarnya telah memasukkan satu bentuk arahan ke dalam minda bawah sedar anda agar sentiasa ingat dan berusaha mencapai impian anda tersebut. Hasilnya, anda akan jadi lebih fokus dan tidak membazir masa membuat perkara2 yang tiada faedahnya.
pelan tindakan Ini sangat kritikal dan penting. Ramai orang mengabaikan dan tidak membuat pelan tindakan ke atas setiap azam/matlamat yang telah ditetapkan. Kesannya, mereka menjadi tidak yakin bahawa mereka akan berjaya mencapai matlamat mereka sendiri. Jadi, anda hendaklah menulis langkah demi langkah, apakah pelan tindakan yang boleh anda ambil dalam melaksanakan misi anda. Perincikan apakah langkah tindakan yang anda akan buat setiap hari, setiap bulan dari masa ke semasa dalam mencapai matlamat anda.
  • # 5 : Fokus kepada pelan tindakan dan terus bertindak lagi dan lagi…
Ingat, dalam proses untuk mencapai matlamat, anda mesti fokus dan tidak terganggu dengan perkara2 yang melalaikan. Anda sudah memiliki pelan tindakan harian/bulanan. Pastikan anda laksanakan setiap tindakan/langkah yang telah anda tetapkan dalam pelan tindakan. Buatkan 1 senarai semak tindakan yang anda sudah laksanankan dan senarai tindakan yang belum di buat. Muhasabah tindakan/aktiviti harian anda setiap hari. Buat analisis, berapa peratus kah masa yang anda gunakan untuk melaksanakan misi anda setiap hari.
  • # 5 : Berdoa dan bergantung sepenuh harapan pada ALLAH agar memberikan kejayaan pada anda.
Akhir sekali dan YANG PALING PENTING ialah, SENTIASA BERDOA pada ALLAH agar memberikan kekuatan dalam melaksanakan tindakan/tugas2 anda. Bersangka baik dan yakinlah akan pertolongan daripada ALLAH. Sesungguhnya semua ketentuan ALLAH adalah yang terbaik untuk anda.

*Tips2 lain:

  • Pastikan matlamat anda realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu.
  • Pastikan matlamat anda jelas dan tidak kabur, kerana matlamat yang kabur tidak akan memotivasikan anda.
  • Buatlah matlamat yang agak fleksibel dan mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu.
  • Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan diri dan keluarga anda.
  • Ingatlah pepatah arab dalam mencapai matlamat anda. Pepatah Arab ; ‘ “Manjadda wajada…” bermaksud ; “Siapa yang berusaha, dia pasti berjaya…“.
***ALL THE BEST!!!

Thursday 29 December 2011

5 Perkara wanita mahukan daripada lelaki





Kita selalu dengar keluhan daripada kaum lelaki yang mengatakan seseorang wanita tidak melayan balik apabila mereka tegur. Mungkin sesetengah lelaki tidak faham dengan kemahuan seseorang wanita. Apa yang dapat menawan hati seseorang wanita? Bukan senang untuk seseorang wanita jatuh cinta dengan lelaki mungkin kerana dia terlalu hot, seksi dan kaya kecuali wanita itu seorang yang terdesak.
Bagi mereka yang berperwatakan menarik, penampilan yang menyerlah dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan wanita lain, sudah pasti mereka mahukan seorang teman yang bijak dalam menilai kelebihan yang ada pada diri mereka itu.Jadi, apakah yang wanita mahukan dari lelaki?

Yakin Diri
Tidak kira dalam apa bidang sekalipun, keyakinan diri menjadi kunci kejayaan dalam sesuatu pekerjaan. Sama juga dalam sesebuah hubungan, apabila anda ingin bercakap dengan wanita yang menjadi idaman anda keyakinan diri adalah kuncinya. Tidak perlu terlalu ego dan tidak juga teragak-agak. Gunakan cara yang terbaik dalam bercakap cuba sampaikan nasihat yang membina.

Pendengar Yang Baik
Menjadi seorang yang pendengar tidaklah sukar tetapi untuk menjadi pendengar yang baik itu agak sukar. Cuba belajar menjadi pendengar yang baik, berikan tumpuan semasa dia bercakap walaupun pada saat itu mungkin anda tidak faham, tidak ambil kisah dan mungkin juga kadang-kadang ia membosankan. Biarkan ia habiskan percakapannya dahulu barulah anda mulakan percakapan anda. Setiap komunikasi akan berjaya sekiranya ada seorang yang bercakap dan seorang lagi mendengar. Bukan kedua-duanya bercakap secara serentak.

Menjadi Seorang Pelawak
mungkin ramai lelaki yang tidak tahu wanita sukakan lawak. Lawak di sini bermakna anda cuba menunjukkan sesuatu kelainan  yang ada di dalam diri anda iaitu lawak semulajadi yang wujud dalam diri lelaki. Dalam lawak ini, mestilah ada unsur-unsur memuji atau mencintai teman anda.

Pelajari Dirinya
Anda mungkin merasakan perkara ini merimaskan dan menyusahkan tetapi anda perlu belajar tentang dirinya. Apa yang dia suka buat dan apa yang dia tidak suka. Tapi perlu ingat, jangan sampai mengongkong kehidupan pasangan anda.

Menjadi Seorang Yang Romantis
Banyak benda yang romantis yang lelaki boleh buat. Tetapi sesetengah perkara itu tidak dapat puaskan hati pasangan anda. Lelaki kadang-kadang lupa bahawa mereka boleh beraksi romantis dengan hanya melalui mesej ringkas seperti saya rindu awak, awak sentiasa dalam hati saya, awak adalah puteri idaman saya, awak apa khabar?, jaga diri baik-baik dan macam-macam lagi yang boleh membuatkan pasangan anda dihargai


****Dalam masa 2-3 minggu, ia akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini dan mungkin ada lagi yang boleh membuatkan cinta anda kesampaian.

Monday 26 December 2011

100 Langkah menuju kesempurnaan keimanan



1. Bersyukur apabila mendapat nikmat

2. Sabar apabila mendapat kesulitan

3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

8. Jangan usil dengan kekayaan orang;

9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu bangga akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta

19. Jangan sakiti anak yatim

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)

23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu

24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid

25. Biasakan shalat malam

26. Perbanyak dzikir dan doa kepada Allah


27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat

28. Sayangi dan santuni fakir miskin

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah

30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

36. Jangan percaya ramalan manusia

37. Jangan terlampau takut miskin

38. Hormatilah setiap orang

39. Jangan terlampau takut kepada manusia

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala

42. Berlakulah adil dalam segala urusan

43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala

45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran

46. Perbanyak silaturrahim

47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam

48. Bicaralah secukupnya

49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya

50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
 

51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
 

52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
 

53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
 

54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
 

55. Hormatilah kepada guru dan ulama
 

56. Sering-sering berselawat kepada nabi
 

57. Cintai keluarga Nabi saw
 

58. Jangan terlalu banyak hutang;
 

59. Jangan terlampau mudah berjanji
 

60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
 

61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengeluh yang tidak berguna
 

62. Bergaul lah dengan orang-orang soleh
 

63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
 

64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
 

65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
 

66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
 

67. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya
 

68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
 

69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
 

70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
 

71. Jangan melukai hati orang lain
 

72. Jangan membiasakan berkata dusta
 

73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
 

74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
 

75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
 

76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
 

77. Jangan membuka aib orang lain
 

78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
 

79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
 

80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
 

81. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong karena kaya
 

82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
 

83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
 

84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
 

85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
 

86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
 

87. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
 

88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
 

89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
 

90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu
 

91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
 

92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
 

93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
 

94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
 

95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
 

96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
 

97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
 

98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
 

99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan
 

100. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

‎10 Petanda DIA Jodoh Kita



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Saturday 24 December 2011

Tips Untuk Bahagia

Dalam kehidupan ini, memang tidak dapat dielakkan kita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah samada masalah peribadi, rumahtangga, di tempat kerja dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencari/mencapai kegembiraan dalam kehidupan harian kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengalihkan tekanan/ketidakgembiraan tersebut kepada satu keadaan yang kita sendiri rasa bahagia/gembira. Suka diingatkan bahawa sekiranya kita ingin memprektifkan sebarang amalan ianya hendaklah bersesuaian dengan citarasa dan naluri masing-masing. Kita tidak perlu memaksa diri untuk terus serta-merta menggunakan teknik baru tersebut tetapi sekiranya cadangan tersebuat baik, bolehlah memprektikkannya secara perlahan-lahan, semoga akhirnya ia dapat memberikan kegembiraan kapada kita.Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti / teknik yang boleh diamalkan bagi memperolehi kegembiraan




 1. Tumpukan perhatian kepada membaca serta peruntukan masa untuk membaca perkara-perkara yang diminati dengan cara ini anda dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.

 2. Jauhkan diri daripada orang yang boleh menyebabkan masalah pada diri anda.

 3. Jangan suka menyebarkan fitnah atau gossip terhadap orang lain kerana ini boleh menyebabkan kita merasa tidak gembira.

 4. Memberi bantuan terhadap yang memerlukan.

 5. Melibatkan diri dalam sukan seperti bermain badminton, bersenam, jogging dan sebagainya.

 6. Mempunyai keluarga yang harmonis, suami yang memahami dan anak-anak yang menghormati ibu bapa orang tua.

7. Berjumpa dengan kawan-kawan lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah-kisah silam yang membahagiakan.

 8. Meraikan kawan-kawan samada datang ke rumah atau berjumpa di luar.

 9. Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain.

 10. Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang tersebut seperti menjahit dan sebagainya.

 11. Membuatkan orang lain gembira dengan mengembirakan diri sendiri.

 12. Jadikan diri seorang pendengar yang baik.

 13. Melakukan hobi seperti, mendengar muzik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk ?


1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Monday 19 December 2011

Bahayanya fitnah

                   

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.


Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.


     

Monday 12 December 2011

Ingin menjadi GADIS IDAMAN para lelaki?

                


>> MENJADI LEBIH FLEKSIBEL
     Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama ( seperti yang berlaku pada sekelompok perempuan ) keraan lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai 1 yang serius . lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak . sebagai contoh  , jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan sesuatu aktiviti adalah tidak mustahil sekirannya perancangan tersebut dibatalkan pada saat - saat akhir . perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari . kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih feksibel.


>> TAHU BERGURAU
     Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi oleh para lelaki . apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka dan bergurau ? lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi ., pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius . lelaki menyukai ideologi di mana di merasakan sifat seseorng perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. pada dasarnya , jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak.


>> MENJADI LEBIH AKTIF
      Lelaki mana yang tidak sukakan cabaran dan gemarkan sukan ? senang cerita lelaki mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti . apa salahnya sesuatu aktiviti yang baru ditambah dengan rutin temu janji biasa kamu ?
contohnya menonton wayang , makan dan kemudianya bermain go-kart . pendek kata , jika lelaki yang menjumpai gadis yang gemar bermain futsal , tentunya mereka akan rasa teruja.


>> TUNJUKKAN KAMU PRIHATIN
     Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain .jika mereka memjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama , nescaya aakn melekatlah dia pada gadis tersebut . perkara - perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah , menghantar pesanan rindu dan ucaapn selamat malam sebenarnya turut dihargai sang jejaka . perkara - perkara sebegini membuatkan diri mereka dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada - gada .

Friday 2 December 2011

6 KESALAHAN FESYEN PERLU DIELAKKAN





            
>> MEMAKAI STOKIN DENGAN SANDAL
     Padanan ini cukup tidak kena langsung lebih - lebih lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas . jika anda kesejukan sekalipun , pakailah stoking bersama kasut kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.

>> JANGAN SUAI PADAN PAKAIAN YANG PELIK - PELIK 
    Tak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi hasilnya biarlah sedap mata memandang . jangan pula anda memakai tali leher dengan kemeja T berkolar , turtle neck dengan seluar pendek atau apa saja yang menampakkan anda mangsa fesyen . jangan kerana hendak berfesyen anda ditertawakan .

>> PAKAI UNTUK MENUNJUK - NUNJUK
    kadang - kadang less is more . elakkan menunjuk - nunjuk label atau jenama pakaian anda. sudannya nanti ada yang menggelarkan anda "papan iklan bergelak" pula.pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana . itu lebih sophiscticated.

>> ELAKKAN MEMAKAI SUT PEJABAT TETAPI MENGENAKAN BEG SANDANG 
   Anda nmapak tampan dalam sut pejabat anda , tetapi mengapa perlu menyandang beg? itu sudah silap . sebagai lelaki berkarier , tidak salahnya anda berbelanja sedikit membeli beg pejabat . tentu penampilan anda lebih menawan , bukan?

>> BERGAYA TIDAK KENA TEMPAT
    sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis , tidak salah anda bertanyakan tema atau drees code untuk majlis tersebut . jangan hentam kromo ..nanti anda juga yang malu . jika ingin keluar makan malam dengan teman - teman cukup mengenakan kemeja T , jeans dan kasut yang sepadan . tidak perlu berlebih - lebihan.

>> PILIH BAJU IKUT SAIZ BADAN 
     Elak mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga meleket dibadan . pilihlah saiz pakaian yang benar - benar sesuai dengan tubuh anda agar apa yang dipakai nampak elok dan menarik

              

Thursday 1 December 2011

TIP NAK ELAK SELIPAR DICURI

 


   asal pergi surau atau masjid mesti ada perkara yang tak best seperti kehilanagn selipar mahupun kasut . cuba try tip kat sini supaya selipar korang tak kena rembat.

  


1. Letak selipar atas bumbung surau/masjid

2. Gantung dan pakukan selipar di dinding surau

3. pakai selipar yang paling buruk

4. pakai selipar lain sebelah lain saiznya

5. letak sebelah kat tempat lain dan sebelah lagi kat tempat lain

6. kunci selipar macam kunci motor/basikal

7. tinggalkan nota ringkas berkenaan dosa mencuri diatas selipar

8. letak paku dekat kasut tapi pastikan korang ingat sebelum pakai. kalau tak dengan korang bakal masuk hospital

9. lekatkan muka orang lengkap dengan biodata pada selipar senang nak cari balik

10. letak selipar kat dalam rumah , orang pergi surau / masjid berkaki ayam je atau pakai kaki itik macam na pergi skuba


SELAMAT MENCUBA

TIP PUJUK PASANGAN (info berguna untuk lelaki)

   

(1)BELIKAN BUNGA

Kalau awek merajuk korang selalu bagi bunga ros kan? kali ni tukar konsep , korang bagi bunga api. bole main sama2, mesti awek korang tak marah dah.

(2)BELIKAN COKLAT

Antara cara memujuk paling popular ialah bagi coklat , kan coklat tu bole mengemukkan . lepas ni kalau awek korang merajuk bagi pil - pil diet , kan bagus tu . coklat tu korang makan depan dia.

(3)NYANYI LAGU KEGEMARANNYA

Nampak macam romantik tapi kureng patriotik.cuba sesekali korang nyanyi lagu negaraku , tak pun lagu bahtera merdeka....mesti awek korang terharu dapat pasangan patriotik macam korang.

(4)UNGKAPKAN KATA - KATA MANIS

Jika korang seorang yang tak berapa arip tentang ayat - ayat manis ni , sebelum memujuk korang makan gula dulu . pastikan mulut korang penuh dengan gula... lepas tu cakap la apa saja sebba mulut korang dah manis.

(5)BUAT KEJUTAN

Alang - alang buat kejutan biar yang terbest. korang pura - pura dipaksa kawin atau nak bunuh diri .pastikan lakonan orang menjadi supaya si dia dah tak nak merajuk lagi.

post by Chinta Qaseh Emyeira® — at Rumah Sakit Jiwa.

Wednesday 30 November 2011

6 cara MEKARKAN CINTA jarak jauh




    ELAK CEMBURU BUTA

    Dalam situasi berjauhan , kepercayaan adalah elemen paling penting . pastikan hubungan bersikap terbuka dan tiada perkara diselindungkan . cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua - dua belah pihak . agar hubungan tidak menjadi dingin , nyatakan kekerapan untuk saling berhubung . selain itu , dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari - hari istimewa bersama.


  BELAJAR MENERIMA HAKIKAT

   Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah takdirnya , terimalah dengan hati yang terbuka . jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekalipun . usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghadang . sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya dia dalam hidup anda.


  APLIKASIKAN TEKNOLOGI TERKINI

   Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan . ia bukan sahaja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos.  jika berkelapangan , hantarkan email kepada si dia . selain mudah ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rindu mula menguasai diri . hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu sahaja.

                 

                            


     BERCERITA & BERKONGSI MASALAH

   Sikap suka menyembunyikan sesuatu hanya akan mendatangkan bala . cara sebaik - baiknya ialah berkongsi masalah . dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya . usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan menghidunya . lebih baik berterus - terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.

     
       TOLAK ISU REMEH - TEMEH

   Sudahlah tinggal berjauhan , bergaduh pula . situasi ini boleh menjadi parah jika tidak diambil kira . memandangkan anda sukar untuk bersua , elakkan dari bertekak tentang perkara remeh temeh . kebayakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan . usah ikutkan hati mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu . anda seharusnya tenang dan bertanya dengan nada yang lembut.


         RANCANG KEJUTAN

   Dalam mencintai seseorang , anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap diri anda semakin mendalam. untuk itu , apa kata anda merancang sesuatu kejutan romantis untuk si dia . kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos .sebaliknya kejutan ringkas itu sudah bermakna. jika perlu , minta pertolongan ahli keluarga atau teman rapat bagi memastikan ia benar - benar 1 kejutan .

                    

Thursday 24 November 2011

Keldai yang cerdik dan keldai yang bodoh ( RENUNGAN BUAT SAHABAT )




                                  
     SUATU ketika dahulu , seorang pedagang keluar berniaga dengan membawa dua ekor keldai . keldai hitam dan keldai putih . keldai hitam ini berasa dirinya lebih bertenaga berbanding kawannya . untuk itu , ia sentiasa cuba menarik perhatiaan tuannya dengan mengangkat beban yang lebih banyak serta berjalan pantas berbanding keldai putih .


   sebaliknya , keldai putih berjalan pada kelajuan yang biasa dan mengangkat barang dagangan setakat yang termampu sahaja . pedagang mulai marah kerana keldai putih tidak setangkas keldai hitam , lalu dia pun memukulnya .
   malam itu sewaktu mereka berehat , keldai putih datang mendekati keldai hitam , " kawanku ," kata keldai putih , " hanya kita berdua sahaja disini , jadi kenapa kita nak bersaing sesama sendiri ? bukankah elok kalau kita bawa barang yang sama berat , berjalan bersama - sama ..." ucap keldai putih sambil menggosok badanya yang teruk dibantai pedagang .


   Tetapi keldai hitam tidak mengendahkannya , malah esoknya dia berjalan dengan lebih laju lagi dan membawa lebih banyak barang . dia tersenyum bila dipuji tuannya dan gembira apabila melihat keldai putih dimarah serta dipukul kerana tidak berjalan pantas dan membawa barang sebanyak dirinya.
   tiap - tiap hari berikutnya , keldai hitam berasa tenaganya mula susut . seluruh badannya sakit - sakit dan dia tidak mampu  lagi untuk berjalan selaju dulu . suatu petang , ketika matahari terik , keldai hitam terjerembap ke tanah . dia tidak mmapu lagi bangun walaupun teruk dipukul dan dimarah tuannya .

    pedagang meradang kerana perjalanan merentas bukit bakau itu masih ada beberapa hari lagi , sedangkan keldai hitam sudah tidak mmapu lagi untuk bangun . lantas pedagang itu pun mrengeluarkan pisau.


   Sebelum keldai hitam disembelih . kawannya si putih datang dan berbisik. " kawan , sudah aku katakan dulu jangan suka menunjuk - nunjuk untuk mendapatkan pujian , jangan malukan sahabat sendiri dan jangan berasa gembira bila melihat sahabat  ditekan atau ditindas . aku sedah pesan padamu banyak kali , tapi kau tidak mahu dengar . hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kau lagi ........." 
   keldai hitam mennagis dan beberapa saat kemudian , dia pun disembelih ..............
   
  
                                              

Monday 21 November 2011

SYHHH !!!!!! 10 Top SECRET LELAKI



    Bukan mudah untuk mrembongkar rahsia lelaki , 1000 kali tanya pun belum tentu mereka mahu bercerita . tapi sama ada sedar atau tidak gerak - geri golongan ini  , kita boleh lihat apa yang tersirat dalam diri mereka . mungkin dengan cara ini wanita dapat memahami lelaki.

          

1 . Jika seorang lelaki meminati wanita , wanita itu tidak semestinya perlu cantik . cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi , itulah sebenarnya yang lelai cari dalam diri seorang wanita.


2 . Lelaki mudah menyukai wanita yang banyak persamaan dengan mereka dari segi pemikiran  , minat dan sebagainya . ia akan memudahan komunikasi dan tidak berlaku perselisihan pendapat.

3 . Lelaki sebenarnya tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh seorang wanita . sebab itu  , kadang - kadang mereka kelihatan endah tak endah sahaja.

4 . Majoriti lelaki akan resah bila berhadapan dengan situasi mengajak wanita keluar buat kali pertama . kononya malu dan takut wanita itu menolak . tapi sebenarnya hati berasa tak tentu arah.

5 . bila lelaki cakap "ermmm....." tengoklah dulu . itu bermaksud jawapannya tidak atau kurang setuju . jadi wanita , kalau sudah dengar `bunyi` seperti itu faham - fahamlah .  jangan terlalu mengharap lelaki bersetuju ya.

6 . biasanya lelaki tertekan atau kurang selesa dengan wanita , datang daripada sekolah budak - budak lelaki tetapi bukan semuanya . bahkan kalau sudah biasa bergaul , mereka juga berbakat bergelar playboy

7 . biarpun seberapa hebat lelaki itu mempunyai kawan - kawan wanita yang ramai serta cantik - cantik belaka . dia tetap mempunyai seorang sahaja teman istimewa dan semestinya antara ramai - ramai kawannya itu hanya ada seorang saja yang betul - betul mencuri hatinya.

8 . bila hubungan putus ditengah jalan , lelaki tidak akan menunjukkan kesedihannya dihadapan orang lain . mereka perlu nampak macho sepanjang masa . kalau sedih - sedih bimbang akan dikutuk oleh teman - teman .

9 . jika meminati seseorang lelaki  , ada kalanya wanita harus memberikan `hint` , mana tahu lelaki itu pun menaruh minat kepadanya . kadang - kadang lelaki tidak perasan wanita sukanya sampailah ada orang memberitahunya.

10 . kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita . mereka akan lebih tewas jika air mata itu mengalir dari seorang wanita yang mereka kasihi . sebab itulah air mata dikatakan senjata wanita


**** opsss , rahsia lelaki sudah terbongkar
          

Sunday 20 November 2011

30 sikap aneh perempuan bila jatuh cinta




                                        

1 Apabila seorang gadis mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan air mata itu bermakna dia sedang menangis didalam hati

2 apabila seorang gadis yang kamu cintai tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf

3 seorang gadis sukar untuk mencari perkara-perkara yang tidak disukainya pada orang yang disayanginya . oleh kerana itulah perempuan akan mudah patah hati bila hubungan cintanya putus ditengah jalan

4 sekirannya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki , percayalah hanya lelaki itu saja yang ada didalam fikirannya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain

5 hati seorang gadis akan mudah menjadi cair seperti coklat jika lelaki yang disukainya merenung tajam ke dalam matanya

 setiap gadis memang sukakan pujian , tetapi tidak tahu untuk menerima pujian 6

7 jika kamu tidak suka dengan gadis yang mencintai kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut . jangan berkasar sebab ada 1 semangat dalam diri seorang gadis yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja

8 sekirannya seorang gadis cuba menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu menolak cintanya  , biarkan dia untuk seketika .
   kemudian , sekiranya kamu masih ingin menganggapnya kawan cubalah tegur perlahan lahan

9 si gadis suka meluahkan apa yang dia rasa .muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara mudah untuk meluahkan perasaan mereka

  jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna 10

11 bersikap terlalu serius boleh mematikan mood gadis tersebut

12 bila pertama kali lelai yang dicintainya dalam diam memberikan respons positif misalnya menghubunginya melalui telepon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh

13 sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan . jadi jangan senyum sembarangan

14 jika kamu menyukai seseorang perempuan , cubalah mulakan dengan persahabatan . kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam

15 jika seorang gadis memberikan kamu seribu 1 alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan saja dia sebab dia memang tidak berminat

16 jangan sesekali mengagak apa yang dia rasa . tanya dia sendiri

   17 selepas seorang gadis jatuh cinta , dia akan tertanya - tanya " kenapalah aku tak jumpa lelaki ni lebih awal "

 sekiranya kamu masih mencari - cari cara paling romantik untuk memikat hati si gadis , cubalah rajin -rajinkan tangan menyelak buku - buku cinta 18

19 bila setiap gambar beramai - ramai keluar dia akan mencari siapa yang berdiri sebelah teman lelakinya , kemudian barulah dirinya

20 bekas teman lelaki akan sentiasa dalam fikirannya , tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada ditempat teristimewa iaitu dihatinya

 satu ucapan "hi" saja sudah cukup mengembirakan hatinya 21

 teman baiknya saja yang tahu apa yang dia rasa dan lalui 22

23 perempuan paling benci lelaki yang berbaik - baik dengannya semata - mata berniat untuk mendekati awan mereka yang paling cantik

24 seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetian , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi

25 semua gadis mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati

26 senjata seorang gadis adalah air mata

27 setiap gadis suka dan gembira jika seseorang yang mereka sayangi mengadakan kejutan buatnya ( hadiah , bunga atau sekadar kad ucapan romantis ) mereka akan rasa terharu dan merasakan dirinya dicintai sepenuh hati , dengan ini dia tak akan ragu2 terhadapmu

28 seorang gadis akan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat terhadap dirinya , jadi pada lelaki pandai - pandailah

  sebenarnya mudah mengambil berat terhadap si gadis kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi 29

30 perempuan setinggi manapun egonya atau setinggi manapun dia berada ,namun dia tetap akan tewas dengan cinta seorang lelaki




Thursday 10 November 2011

Rambut serlah personaliti

      Rambut tidak sekadar menjadi fesyen atau ekspresi gaya yang ingin ditonjolkan .malah ada sesuatu tentangnya yang cukup bermakna.
      mana tahu selepas ini ,kalau ada yang "kurang " tentang dirimu boleh diperbaiki , untuk kehidupan yang lebih berkualiti..ayuh! mari lihat ,mana satukah rambut kamu.



RAMBUT KEPERANGAN

    Kurang bijak tetapi berfikiran terbuka , pemaaf , gemar bersosial dan bija melarikan diri dari sebarang masalah.

RAMBUT TEBAL

    bijak , degil , cemburu , romantik , kasar , memiliki kawan dan pandai mengambil hati individu di sekeliling.

RAMBUT SEDIKIT

  Bijak , sentiasa berfikiran negatif pada seseorang , ego namun pandai menjalankan perniagaan walaupun secara kecil - kecilan.

RAMBUT LURUS
   Seseorang yang bijak , ceria , pandai bergaya , cemburu dan mampu menguruskan sesuatu perkara tanpa bantuan orang lain.

RAMBUT IKAL MAYANG

   Bijak , berfikir sebelum melakukan sesuatu , berfikiran terbuka , banyak pergaulan dan mudah memaafkan seseorang.

RAMBUT KERINTING TEBAL
   Kurang bijak , degil , kuat cemburu   dan sukar untuk menyelesaikan masalah diri ,  namun begitu, dia juga seorang yang romantik , gemar berkawan dan tidak suka termenung.

RAMBUT KERINTING NEGRO

   orangnya bijak , ego , cemburu buta , pemilih (selective) , mudah mengamuk jika tidak berjaya menyelesaikan masalah tetapi romantik.

RAMBUT HALUS / LEMBUT

   Sangat bijak , suka memilih , cerewet , pemaaf , manja , tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh - sungguh.

RAMBUT PUTIH / BERUBAN

   Kurang bijak , suka termenung , kurang bersosial  tetapi berfikiran terbuka dan pandai menyelesaikan masalah diri.

RAMBUT KUSUT

  Individu ini sangat bijak orangnya , selain itu dia berfikiran terbuka , suka bergaul dan boleh menguruskan sesuatu tanpa mengharapkan pertolongan orang lain. akan tetapi pemilik rambut ini sukar untuk memaafkan mereka yang melakukan kesalahan terhadapnya.

Monday 31 October 2011

Kawal rasa MARAH sebelum ia memakan diri


Tahukah kamu apa penyebab perasaan marah? marah boleh disebabkan oleh kepuasan diri sendiri , perselisihan pendapat , berjenaka dan ucapan kasar dan biadap. bagaimana mengawal rasa marah ? mungkin panduan berikut boleh dijadikan panduan diri.


1 BIARKAN BERLALU

  salah satu cara untuk berurusan dengan perasaan marah adalah belajar untuk memaafkan. ini merupakan satu proses pembelajaran yang panjang bagi kebayakan daripada kita. tetapi kita sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk berlatih melakukannya. ketidakadilan muncul sepanjang masa  dan semua orang rasa bersalah. belajar untuk melepaskan rasa marah adalah sebahagian daripada kebijaksanaan emosi.

  salah satu sebab ini merupakan polisi yang bagus adalah kerana kebanyakan ketidakadilan yang menyedihkan tida boleh diperbetulkan. kemaafan adalah cukup pada ketika ini. namun begitu apabila kita memaafkan seseorang , sebenarnya kita melakukan perkara tersebut untuk kebaikan diri sendiri bukan untuk kebaikan si penyebab kita marah . rasa marah boleh memakan diri sendiri dan semakin kita marah terhadap seseorang itu boleh membuatkan kita lebih seperti menjadi mangsa akan kebodohan diri sendiri.


2 GUNAKAN IA SECARA POSITIF

   Tumpukan tenaga anda kepada sesuatu perkara yang boleh menghilangkan perasaan marah . sebagai contoh , jika rakan sepejabat membuat anda marah ,sebaik rasa waktu pejabat telah habis,anda boleh pergi ke kawasan lapang dan menjerit sekuat-kuat hati melepaskan perasaan marah .begitu juga bila anda marah dengan sesiapa sahaja pada hari tersebut ,anda boleh melepaskan marah dengan pelbagai cara. gunakan imaginasi anda untuk melepaskan kemarahan menjadi suatu perkara yang baik.

3 NAMAKAN IA , TUNTUT IA , BIDIK IA ,JINAKKAN IA

  ini adalah salah satu cara untuk berurusan dengan kemarahan . jika marah,"nama"kan perasaan marah tersebut dan "tuntut" ia sebagai hak anda. lagipun ia kemarahan anda. "bidik" ia bermakna anda tahu dari mana kemarahan tersebut datang dan bagaimana untuk mengawalnya.

  sebagai contoh , jangan memukul anak anda disebabkan anda marah terhadap pasangan anda. cari cara untuk mengawalnya . "jinak"kan ia bermakna belajar untuk mengawal diri. dengan membangunkan kebijaksanaan emosi ini bermakna anda dapat membantu untuk menyesuaikan perasaan anda.


4 JANGAN MENDESAK , JANGAN MENCURAHKAN , AKUI IA

  Dengan mendesak perasaan marah membuatkan kita berasa sakit hati. akui sahaja perasaan marah tersebut sedemikian mampu membuatkan seseorang itu melupakan perkara lama dan membuka buku baru dan seterusnya meneruskan kehidupan mendatang dengan penuh semangat.




KAWAL IA ATAU IA AKAN MENGAWAL ANDA PULA

   belajar untuk mengawal kemarahan adalah sebahagian daripada kebijaksanaan emosi .walaupun seseorang itu sudah dewasa namun hakikatnya masih juga berperangai kanak-kanak  berusia dua tahun apabila diri sedang . oleh itu berlajarlah untuk berkelakuan baik dan sopan di khalyak ramai apabila anda sedang marah .apa yang membezakan diri sendiri dan kelengkapan yang digunakan iaitu memahami emosi , berupaya untuk berhenti , menenangkan diri sendiri serta berfikir mengenainya secara keseluruhan dan tidak membiarkan rasa marah menguasai diri.

Saturday 29 October 2011

8 sikap lelaki yang TIDAK DISUKAI wanita


            Jika anda mahu menjadi perhatian wanita,elak diri daripada tergolong daripada jenis-jenis lelaki seperti berikut :


(1) KEDEKUT

     memang sudah diketahui orang yang kedekut agak payah untuk keluar duit mereka dan sangat suka berkira berkaitan soal duit. lelaki ini boleh dikenali melalui sikapnya yang suka berharap agar teman wanitanya sahaja yang mengeluarkan wang perbelanjaan setiap kali bertemu janji . sebagai lelaki ,jangan sesekali bersikap sebegini kerana wanita memang tida suka lelaki yang lepas tangan dan mengambil kesempatan ke atas mereka
   bagi mereka ,jika sewaktu bertemu janji sahaja sudah lepas tangan dan menyebabkan wanita yang terpaksa keluar duit ,sudah tentu lelaki sebegini jika dibuat suami ,peranagi mereka juga kekal sebegini.


(2)  CEPAT MARAH


      tidak dapat dinafikan banyak kes penganiayaan wanita dan dera isteri semakin berleluasa kini. wanita memang tidak suka lelaki yang cepat marah waima kesalahan yang dilakukan itu remeh - temeh .oleh itu, selama ini anda seorang yang suka marah tidak menentu ,kawallah diri anda dengan sebaik mungkin sebelum keesalan memakan diri.

(3)  PEMBOHONG

   
     jangan sesekali berbohong dengan wanita kerana wanita memang tidak dapat memaafkan lelaki yang suka berbohong. tidak dapat dinafikan kadangkala ada sesetengah wanita yang sukakan lelaki mengungkapkan kata- kata manis terhadap diri mereka . pujian sebegini memang baik untuk kemesraan tetapi pastikan anda jangan berbohong sewaktu mengucapkannya. pujilah mengikut keadaan.


(4)  SI MATA KERANJANG


    Jika anda sudah mempunyai teman wanita,jangan sesekali termasuk dalam ketogori ini.pantang nampak wanita cantik terus saja mata anda akan mengerling tanpa berkedip. jika anda melakukan perkara sedemikian tidak dihadapan teman wanita,kamu selamat.tetapi jangan sesekali melakukan duhadapan teman wanita kamu.
                                  
   bagi wanita , jika dia mengetahui teman lelai mereka jenis begini ,sudah tentu apabila berkahwin kelak "hobi" mata keranjangnya sudah tentu berterusan . daripada siwanita makan hati , lebih baik mereka meninggalkan lelaki sebegini.



(5)  SUKA AMBIL KESEMPATAN


    Jangan sesekali tergolong dalam jenis lelaki sebegini. walaupun anda tahu teman wanita anda amat mencintai diri anda tetapi jangan sesekali mengambil kesempatan kepada mereka.jangan sesekali "bercinta" dengan wanita itu disebabkan harta dan statusnya.


(6) CEREWET & MENGAWAL

   Biasanya wanita lah yang selalu cerewet dan lelaki agak jarang sekali mempunyai sikap sebegini. jika anda tergolong dalam ketogori lelaki sebegini ,kurangkan sikap cerewet anda ,jika mahu memberi komen kepada teman wanita anda . jangan memberi komen kepada teman wanita anda yang boleh menyakitkan hatinya.
 
   bagi wanita jika berteman saja sudah berperangai begitu ,sudah tentu jika sudah berkahwin lelaki bersikap sebegini tentu akan lebih teruk lagi.


(7) KURANG AMBIL TAHU PERKEMBANGAN SEMASA

   Jangan jadi lelaki yang tidak tahu perkembangan semasakerana keadaan ini akan memyebabkan sesuatu perhubungan akan menjadi bosan. bayangkan saja sewaktu teman wanita anda sebuk bercerita , anda terpingga - pingga tidak mengetahui butir perbualan tersebut.

  anda tidak perlu menjadi seorang "sarjana" untuk mengetahui hal2 semasa .cuma rajin-rajinlah menyemak surat khabar dan membaca berita penting agar anda tidak digelar "KATAK BAWAH TEMPURUNG".

Friday 28 October 2011

NERAKA UNTUK 7 ANGGOTA


ALLAH menyediakan tujuh pintu neraka jahanam. Menurut ulama, tujuh pintu neraka itu disediakan untuk salah satu daripada anggota tubuh kita iaitu mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan dan kaki.

(1) MATA

   Mata adalah pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata, kita dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah supaya kita lebih bertakwa.

Mata yang dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi, memandang keaiban sesama masyarakat atau menghina saudara Muslim yang serba kekurangan.


(2) TELINGA

   Telinga hendaklah dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara bidaah. Gunakan telinga untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah Allah atau untuk menuntut ilmu agama.

(3) LIDAH


   Lidah hendaklah digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah serta menyampaikan kebenaran kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah.
Lidah juga perlu digunakan bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama sendiri.

Jika kita tidak menjaga lidah secara lisan, ini amat buruk risikonya kerana boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Akibatnya, boleh menjerumus ke neraka.

Dusta adalah ibu segala dosa dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan dan kepercayaan masyarakat kepada kita.

(4) PERUT

   Perut. Memelihara perut amat penting. Kita perlu mengelak daripada mengisi dengan makanan haram.
Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat.

Justeru, Islam menggalakkan kita bersikap sederhana apabila menghadapi makanan dan mengisi perut dengan rezeki yang halal.

(5) KEMALUAN

Kemaluan. Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram. Tutup aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat. Bahaya menanti kita jika gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkaKaki. Gunakan untuk menuju jalan yang diredai Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah urut dan tempat perjudian


(6) TANGAN

Tangan. Anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.

(7) KAKI

Kaki. Gunakan untuk menuju jalan yang diredai Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah urut dan tempat perjudian.

Gunakan untuk ke masjid bagi berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka, gunakan kaki untuk melangkah ke syurga.
 



Monday 24 October 2011

Oopssss!!! 10 karakter wanita yang mampu dibaca oleh lelaki dalam 10 saat


Hanya 10 saat !! sudah cukup bagi kaum lelaki menafsir sikap wanita yang berada didepan mata mereka.......




(1) YAKIN

     Lelaki dapat menebak tahap keyakinan seorang wanita dalam tempoh singkat. mereka mengetahui tentang keyakinan tersebut melalui pergerakan , gerak mata dan cara berjabat tangan . namun paling ketara adalah lontaran suara. lontaran suara yang tergetar-getar menunjukkan wanita tersebut berada dalan keadaan gelabah dan kurang keyakinan diri untuk bergaul dengan orang di sekelilingnya. jesteru, wanita yang bijak adalah mereka yang masih boleh berjenaka dengan lelaki dihadapan mereka untuk menutupi kelemahan tersebut.

(2)  RASA SELAMAT

   wanita yang berasa selamat aakn nampak berkeyakinan dengan penampilan diri dan perbuatan mereka . mereka berani meliuahkan keinginan hatta perasaan terhadap lelaki sekalipun. namun ia berbeza jika sebaliknya yang berlaku. mereka akan nampak kaku dan sukar untuk berinteraksi.

(3)  SUDAH BERPUNYA

  perkara ini mudah dikesan oleh lelaki , masakan status perkahwinan tidak perlu ditanya . ika jari tersarung cincin itu adaalh sebahagian tanda yang menunjukkkan mereka telah mempunyai pasangan .tambah kukuh lagi apabila mereka ambil sikap endah tak endah walaupun lelaki kacak melintas dihadapan mereka sekalipun.

(4)  CEMBURU

  perasaan cemburu yang dimiliki wanita terpampar jelas melalui sinaran mata . lelaki faham pasangan mereka cemburu melalui jelingan yang diberikan takkala melihat kekasih atau suami bermain mata dengan wanita yang lalu dihadapan mereka. cemburu juga boleh dilihat melalui reaksi spontan yang diberikan sewaktu mendengar pasangan bercerita tentang wanita lain.

(5) SUKAKAN SEKS

  wanita dengan sikap ini suka mengoda lelaki daalm pertemuan pertama atau tempoh perkenalan di peringkat masih terlalu awal . mereka berani memegang tangan , bermain mata atau mengajak keluar berdua-duaan.

(6)  MEMBUAT KESIMPULAN 

  Sikap sesetengah wanita yang suka memandang orang dari hujung rambut ke hujung kaki menunjukkan dia seorang suka membuat kesimpulan tentang orang lain . sambil memandang mereka aakn cuba menafsir apa saja tentang individu terbabit.

(7)  SAYANG PADA DIRI

  Wanita yang menyanyangi tubuh mereka akan tampil bergaya dan berkeyakinan . mesti tidak mempunyai paras rupa yang menarik atau bertubuh langsing .tapi mereka tetap gembira dengan apa yang mereka miliki. manakala  mereka yang tidak menghargai diri sendiri merasakan mereka tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan dan kerjaya yang diimpikan oleh setiap orang.

(8)  CERIA

  kegembiraan dan kedukaan tidak boleh dilindung oleh bayangan mata kasar. semuanya terpancar dengan jelas di wajah , terpancar raut wajah yang berseri jika seseorang itu gembira , sedangkan jika berduka wajah akan tampak murung atau gaya yang dibuat-buat untuk menutup derita yang ditanggung


(9)  PERASAN BAGUS

   Golongan ini akan membuat apa saja untuk menarik perhatian dan menonjolkan diri mereka didepan lelaki..mereka aakn sentiasa melihat cermin dan bercerita mengenai diri sendiri seolah-olah merekalah gadis yang paling hebat.

(10) SEMPURNA

   gerak tubuhnya membayangkan dia memerlukan anda dalam hidupnya , gaya dan tuturnya berjaya menambat hati, dia begitu sempurna dipandangan mata seakan-aakn memiliki pesona yang membuatkan anda sentiasa teringat padanya.