Thursday 24 November 2011

Keldai yang cerdik dan keldai yang bodoh ( RENUNGAN BUAT SAHABAT )




                                  
     SUATU ketika dahulu , seorang pedagang keluar berniaga dengan membawa dua ekor keldai . keldai hitam dan keldai putih . keldai hitam ini berasa dirinya lebih bertenaga berbanding kawannya . untuk itu , ia sentiasa cuba menarik perhatiaan tuannya dengan mengangkat beban yang lebih banyak serta berjalan pantas berbanding keldai putih .


   sebaliknya , keldai putih berjalan pada kelajuan yang biasa dan mengangkat barang dagangan setakat yang termampu sahaja . pedagang mulai marah kerana keldai putih tidak setangkas keldai hitam , lalu dia pun memukulnya .
   malam itu sewaktu mereka berehat , keldai putih datang mendekati keldai hitam , " kawanku ," kata keldai putih , " hanya kita berdua sahaja disini , jadi kenapa kita nak bersaing sesama sendiri ? bukankah elok kalau kita bawa barang yang sama berat , berjalan bersama - sama ..." ucap keldai putih sambil menggosok badanya yang teruk dibantai pedagang .


   Tetapi keldai hitam tidak mengendahkannya , malah esoknya dia berjalan dengan lebih laju lagi dan membawa lebih banyak barang . dia tersenyum bila dipuji tuannya dan gembira apabila melihat keldai putih dimarah serta dipukul kerana tidak berjalan pantas dan membawa barang sebanyak dirinya.
   tiap - tiap hari berikutnya , keldai hitam berasa tenaganya mula susut . seluruh badannya sakit - sakit dan dia tidak mampu  lagi untuk berjalan selaju dulu . suatu petang , ketika matahari terik , keldai hitam terjerembap ke tanah . dia tidak mmapu lagi bangun walaupun teruk dipukul dan dimarah tuannya .

    pedagang meradang kerana perjalanan merentas bukit bakau itu masih ada beberapa hari lagi , sedangkan keldai hitam sudah tidak mmapu lagi untuk bangun . lantas pedagang itu pun mrengeluarkan pisau.


   Sebelum keldai hitam disembelih . kawannya si putih datang dan berbisik. " kawan , sudah aku katakan dulu jangan suka menunjuk - nunjuk untuk mendapatkan pujian , jangan malukan sahabat sendiri dan jangan berasa gembira bila melihat sahabat  ditekan atau ditindas . aku sedah pesan padamu banyak kali , tapi kau tidak mahu dengar . hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kau lagi ........." 
   keldai hitam mennagis dan beberapa saat kemudian , dia pun disembelih ..............
   
  
                                              

No comments:

Post a Comment