Wednesday 6 February 2013

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk hamil?



            ASSALAMMUALAIKUM Alls  . . . . .

 Anda sudah berumahtangga ? sukar menimang cahaya mata kerana masalah hormon ? STRESS selalu ? period tak tetap ? hah .. ini dia TOMEY perkenalkan GLA COMPLEX by SHAKLEE .

GLA ( gamma linolenic acid ) menurunkan kolestrol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid ( PMS ) seperti senggugut dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan . ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerara GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1

Bagaimana GLA COMPLEX membantu dalam PMS ( senggugut )
 apabila seseorang mengalami senggugut , ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya . menurut kajian , keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( gamma linoenic acid ) itu tadi . pengambilan GLA adalah perlu

Bagaimana GLA COMPLEX membantu anda untuk hamil
 GLA membantu seseorang wanita menghasilakn lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur . perasan tak , sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu , yakni sewaktu subur . namun , tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkan sebegitu subur . disinilah GLA membantu sperma untuk berenang ke uterus , terus ke tiup falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum . bukan itu saja , cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup kedalam falopio sehingga 5 hari .jadi , kalau tak kena hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada disitu sampai hari ke5

TESTIMONI I




TESTIMONI II

 Itu sahaja yang dapat TOMEY kongsikan , untuk lebih banyak info atau pertanyaan tentang GLA dan produk SHAKLEE yang lain bolelah inbox TOMEY dipage ini Multivitamin's shoppe

Masalah Hemoglobin rendah (HB low)

 

                  ASSALAMMUALAIKUM All's . . . . . . .

 Hai , kali ni TOMEY nak kongsikan tentang supplement yang bagus diambil untuk menghadapi  masalah hemoglobin rendah (HB low) . hah !!! produk apa tu ? jeng3... produk apa lagi yang sangat2 bagus dan power SHAKLEE la .


Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula . 

siapa yang menghadapi masalah anemia SILA BACA DAN AMBIL PERHATIAN k .... ( TOMEY juga ada anemia )

Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan


Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Supplement yang dicadangkan

Vitalea iron formula:
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel


Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


Awas!!
  1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
  2. Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
  3. Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
  4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.
itu saja yang ingin kongsikan .... jemput juga kepage TOMEY untuk info tentang produk SHAKLEE Multivitamin's shoppe yang ingin mencuba produk ini boleh juga inbox TOMEY di page atau hubungi TOMEY disini



Tuesday 5 February 2013

TESTIMONI , Shaklee oh shaklee


       ASSALAMMUALAIKUM semua . . . . . . .


 Hai bertemu lagi kita diblog TOMEY TOMEY . Post sebelum ni tomey ada share dengan korang tentang PRODUK SHAKLEE  . . . Hari ni pula TOMEY nak share TESTIMONI dari TOMEY sendiri , untuk pengetahuan semua sebenarnya sebelum TOMEY suggest kat korang produk ni TOMEY sendiri mencuba dulu produk ni ( kira dah betul2 yakin produk ni sangat2 berkesan la ye ) .

                                                     SUPPRISE !!!!! inilah testimoni dari TOMEY sendiri

Berapa bintang untuk gambar tu ? hehe .. walau tak muka TOMEY tak setomey mana sekurang-kurangnya ada juga perubahan setelah mengunakan produk SHAKLEE iaitu VITAMIN C + VITAMIN E , Kalau diikut ( ni cerita dulu2 kala zaman tok kaduk eh2 zaman anak dara k ..hihiiihii ) wajah TOMEY yang dulu tersangatlah kusam .. TOMEY memang takde masalah jerawat TAPI ada masalah berjeragat ... pori2 terbuka ( Kalau nak pegi hang out mesti touch up tebal2 tapi masih juga ketara ) , masalah kulit berminyak ( hisyy ... boleh buat goreng ikan u alls ( haha , overkan ) dan bekas2 jerawat time period ( tompok2 hitam ) juga hilang seri diwajah . Alhamdullillah setelah 2 bulan menggunakan vitamin c + vitamin e secara konsisten inilah hasilnya ... suka sangat2 , kawan2 pun dah mula menegur perubahan wajah TOMEY ..

  Hah , pada sesiapa yang ingin mencuba produk SHAKLEE yang sangat2 power , ( TOMEY memang jatuh cintalah dengan produk ni ) bolehlah inbox TOMEY dipage rasmi TOMEY Multivitamin's shoppe . inbox k jangan memalu atau segan .

   sebelum TOMEY mengundur diri TOMEY share sekali gambar vitamin c dan e produk SHAKLEE

                                                                             VITAMIN E COMPLEX


                                                                          VITAMIN C 500MG













Monday 28 January 2013

Selangkah setapak untuk memajukan diri




             ASSALAMMUALAIKUM semua ...................


Hai , minggu ni minggu kegembiraan buat tomey . kenapa ? tomey gumbira kerana telah melangkah setapak untuk memajukan diri dengan menjadi ahli SHAKLEE yang sah .



APA ITU SHAKLEE ??


Shaklee Adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

                                                              Antara produk SHAKLEE 

hah .... inilah produk yang tomey nak kongsikan kepada semua , nanti tomey akan update tentang SHAKLEE dari masa ke semasa k , apapun wish me luck ... OPPSSS !!!!! untuk maklumat lanjut tentang produk ini boleh KOMEN di sini tOmey tOmey atau INBOX / MASSAGE / PM / KOMEN dipage ini Multivitamin's shoppe ( Jangan lupa LIKE sekali page tu ea )




Saturday 1 December 2012

Jenis-jenis dan material shawl pada masa kini




Hai , hari ni TOMEY nak berkongsi jenis-jenis dan material shawl pada masa kini . Pemakaian shawl ni macam dah jadi trend sekarang ni kan , by the way TOMEY pun peminat shawl

Shawl jenis MORTADA ( Haha , letak muka TOMEY sendiri )

JENIS-JENIS DAN MATERIAL SHAWL

POLYSTER - Material kesat ( ada juga yang licin ) . Kebiasannya bila dipakai akan melekat sikit kat dahi , Tapi kira ok la bagi yang baru nak berinak-jinak dengan pemakaian shawl 

MORTADA - Textur kedut-kedut halus / Kesat dan mudah dipakai ( macam picture TOMEY kat atas tu ) yang ni mudah dipakai dan dibentuk , tak perlu iron pun boleh terus digayakan 

CIFFON - Kebanyakkan plain shawl menggunakan meterial ni . material jenis lembut / ringan akan tetapi perlu sedikit kesabaran kepada si pemakai kerana texturnya terlalu lembut dan sukar dibentuk

COTTON - Ringan dan mudah dibentuk , Kebanyakkan pasmina menggunakan meterial ini 

COTTON SPANDEX  - Jenis material ni sangat-sangat best dipakai , selain sejuk dan lembut ia sangat selesa dipakai 

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis dan meterial shawl . kalau nak dihurai satu persatu mau sampai keesok tak habis TOMEY menaib , haha . Mungkin lain kali TOMEY akan share . Akhir kata ikut citarasa korang membeli , memakai dan menggayakannya .
                      

Friday 23 November 2012

Pengertian Teman , kawan dan sahabat

Apabila kita ingin berteman , janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin satu kelemahan , kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman , janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan , kau akan membencinya 

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya , kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan , kau mungkin akan menyalahinya

Andai kau ingin bersahabat , terimalah dia seadanya , kerana dia seorg sahabat yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna

Wednesday 19 September 2012

TIPS MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH DAN DISAYANGI SUAMI SELALU

    
                ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Auwww Chakk !!! Hai semua , sekian lama TOMEY menyepikan diri dari dunia blogger hari ini TOMEY kembali lagi menyerikan hari - hari anda semua .. Cewahh .

       Semenjak TOMEY sambung belajar dan bertukar status menjadi " PUAN " juga still berkerjaya makin terhadlah waktu - waktu yang ada . Segalanya kena bijak mengatur aktiviti ... Okeylah TOMEY tak nak berceloteh panjang lebar just nak berkongsi TIP dengan semua .. JOM BACA entri dibawah


 * Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

   Ini saja TIP yang dapat TOMEY kongsi . Insyaallah jika ada kelapangan TOMEY akan share TIP yang lain . Semoga berguna buat TOMEY dan juga korang .