Wednesday 6 February 2013

Masalah Hemoglobin rendah (HB low)

 

                  ASSALAMMUALAIKUM All's . . . . . . .

 Hai , kali ni TOMEY nak kongsikan tentang supplement yang bagus diambil untuk menghadapi  masalah hemoglobin rendah (HB low) . hah !!! produk apa tu ? jeng3... produk apa lagi yang sangat2 bagus dan power SHAKLEE la .


Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula . 

siapa yang menghadapi masalah anemia SILA BACA DAN AMBIL PERHATIAN k .... ( TOMEY juga ada anemia )

Simptom awal anemia
  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan


Antara punca masalah HB low
  1. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  2. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  3. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
  1. Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang
  2. Pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
Supplement yang dicadangkan

Vitalea iron formula:
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel


Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


Awas!!
  1. Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
  2. Elakkan mengambil vitalea bersama-sama dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi.
  3. Elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium.
  4. Pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi iron.
itu saja yang ingin kongsikan .... jemput juga kepage TOMEY untuk info tentang produk SHAKLEE Multivitamin's shoppe yang ingin mencuba produk ini boleh juga inbox TOMEY di page atau hubungi TOMEY disini



No comments:

Post a Comment