Thursday 29 December 2011

5 Perkara wanita mahukan daripada lelaki





Kita selalu dengar keluhan daripada kaum lelaki yang mengatakan seseorang wanita tidak melayan balik apabila mereka tegur. Mungkin sesetengah lelaki tidak faham dengan kemahuan seseorang wanita. Apa yang dapat menawan hati seseorang wanita? Bukan senang untuk seseorang wanita jatuh cinta dengan lelaki mungkin kerana dia terlalu hot, seksi dan kaya kecuali wanita itu seorang yang terdesak.
Bagi mereka yang berperwatakan menarik, penampilan yang menyerlah dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan wanita lain, sudah pasti mereka mahukan seorang teman yang bijak dalam menilai kelebihan yang ada pada diri mereka itu.Jadi, apakah yang wanita mahukan dari lelaki?

Yakin Diri
Tidak kira dalam apa bidang sekalipun, keyakinan diri menjadi kunci kejayaan dalam sesuatu pekerjaan. Sama juga dalam sesebuah hubungan, apabila anda ingin bercakap dengan wanita yang menjadi idaman anda keyakinan diri adalah kuncinya. Tidak perlu terlalu ego dan tidak juga teragak-agak. Gunakan cara yang terbaik dalam bercakap cuba sampaikan nasihat yang membina.

Pendengar Yang Baik
Menjadi seorang yang pendengar tidaklah sukar tetapi untuk menjadi pendengar yang baik itu agak sukar. Cuba belajar menjadi pendengar yang baik, berikan tumpuan semasa dia bercakap walaupun pada saat itu mungkin anda tidak faham, tidak ambil kisah dan mungkin juga kadang-kadang ia membosankan. Biarkan ia habiskan percakapannya dahulu barulah anda mulakan percakapan anda. Setiap komunikasi akan berjaya sekiranya ada seorang yang bercakap dan seorang lagi mendengar. Bukan kedua-duanya bercakap secara serentak.

Menjadi Seorang Pelawak
mungkin ramai lelaki yang tidak tahu wanita sukakan lawak. Lawak di sini bermakna anda cuba menunjukkan sesuatu kelainan  yang ada di dalam diri anda iaitu lawak semulajadi yang wujud dalam diri lelaki. Dalam lawak ini, mestilah ada unsur-unsur memuji atau mencintai teman anda.

Pelajari Dirinya
Anda mungkin merasakan perkara ini merimaskan dan menyusahkan tetapi anda perlu belajar tentang dirinya. Apa yang dia suka buat dan apa yang dia tidak suka. Tapi perlu ingat, jangan sampai mengongkong kehidupan pasangan anda.

Menjadi Seorang Yang Romantis
Banyak benda yang romantis yang lelaki boleh buat. Tetapi sesetengah perkara itu tidak dapat puaskan hati pasangan anda. Lelaki kadang-kadang lupa bahawa mereka boleh beraksi romantis dengan hanya melalui mesej ringkas seperti saya rindu awak, awak sentiasa dalam hati saya, awak adalah puteri idaman saya, awak apa khabar?, jaga diri baik-baik dan macam-macam lagi yang boleh membuatkan pasangan anda dihargai


****Dalam masa 2-3 minggu, ia akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini dan mungkin ada lagi yang boleh membuatkan cinta anda kesampaian.

No comments:

Post a Comment