Saturday 22 October 2011

10 cara bebaskan diri dari TEKANAN

                                                                                                            
(1) PILIH UNTUK GEMBIRA

----->  mulakan dengan belajar mengurus diri , berinteraksi dengan baik dan pilih persekitaran yang menyumbang ke arah positif.


(2) SENTIASA BERSYUKUR

-----> Tidak ada kesudahannya jika anda asyik membandingkan diri dengan orang lain.Namun ada baiknya jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusaha lebih gigih.

(3) MENJADI PEMAAF

-----> Berfikiran negetif , memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu - satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini adalah dengan memaafkan kesilapan orang lain. Ini mengurangkan ingatan terhadap perkara buruk yang mengundang kepada perasaan marah. Berusaha untuk lupakan peristiwa buruk tersebut dan elak mengungkitnya semula.
                                   
(4) LAWAN PEMIKIRAN NEGATIF

-----> perlu mengenal pasti pemikiran negatif  supaya ia boleh dikawal. tepis pemikiran negatif dan cara sifat positif disebaliknya.

(5) TAMBAH SAHABAT

-----> walaupun anda lelaki , tidak salah jika mempunyai sahabat baik untuk berkongsi cerita. ada pakar berpendapat , bersikap individualistik antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan.

(6) LEMPAR SENYUMAN

-----> Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.

(7) BERBUAT BAIK

-----> Tidak kira sekecil pun bantuan yang dihulukan , ia akan membuat si penerima aan gembira.

(8) GEMBIRA JAUHI PENYAKIT

-----> Percaya atau tidak , tekanan yang boleh merangsang kepada penyakit mampu diubati dengan kegembiraan. individu yang gembira lebih yakin dengan keupayaan diri dan mempercepatkan kadar penyembuhan.

(9) SERTAI AKTIVITI

-----> Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manfaat kepada orang lain

(10) BUKAN MENGENAI WANG

-----> Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan , hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang




No comments:

Post a Comment