Tuesday 4 October 2011

Empati dalam perhubungan




APAKAH EMPATI?
   
     Di dalam kamus dewan menerangkan empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan orang lain.empati adalah satu perasaaan di mana kita mampu memahami hati dan perasaan orang lain dan biasanya melalui tindakan, kata-kata, perbuatan dan sebagainya.




   Apa anda akan lakukan dalam menjadikan diri anda seorang yang memahami perasaan orang lain dan menerima mereka dengan jiwa yang terbuka?



TANAMKAN SIFAT PENUH SIMPATI

   agak sukar membayangkan jika di dalam jiwa anda tiada kasih sayang dan simpati dengan orang lain.
lebih b kanyak anda membantu,jiwa anda akan lebih memahami masalah yang menimpa orang lain sekali gus anda akan dapat menyelami hati dan perasaan orang lain.
   ia samalah seperti dalam sebuah perhubungan dimana anda dapat memahami pasangan, bermakna anda dapat menakluki jiwa dan raganya yang mungkin ikhlas menyanyangi dan mencintai anda.

  "asas kepada memahami pasangan ialah memberinya kebahagiaan, kepercayaan, mengingati Allah SWT dan kejutan buatnya.
   jangan sesekali menimbulkan kesedihan dihatinya, menyebabkan rasa meluat ,menimbulkan kemarahan pasangan serta mengharapkan kita difahami sedangkan diri kita tidak mahu berubah."



BUKAN DIADILI

   dalam empati tiada istilah mencari kebenaran.siapa yang benar dan siapa yang salah sebaliknya empati akan lahir dalam diri secara semula jadi.bukan semua yang memahami itu terbaik dimata orang lain sebaliknya anda hanya perlu menjadi diri sendiri.
   dalam masa yang sama,kita tidak boleh menyalahkan pasangan yang kurang empati sabaliknya berusahalah mananamkan hal itu dalam dirinya.
  mungkin agak sukar namun sedikit demi sedikit jika anda mengajarnya agar memahami orang lain suatu hari mereka akan memahami orang lain juga.



KEMAHIRAN MENDENGAR


   empati lahir dari jiwa yang memahami perasaan dan emosi orang lain.tahukah anda,kemahiran mendengar adalah kemahiran yang sukar dipraktikkan oleh semua orang.anda sekadar mendengar tetapi tidak memahami.
     ada pendengar boleh mendengar tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang mampu memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang lain.
    untuk anda lebih memahami orang lain,jadilah pendengar yang baik kerana jiwa mereka yang bermasalah akan rasa tenang jika anda dapat menyelesaikan dan memahami masalah yang dihadapinya



No comments:

Post a Comment