Tuesday, 4 October 2011

Empati dalam perhubungan




APAKAH EMPATI?
   
     Di dalam kamus dewan menerangkan empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan orang lain.empati adalah satu perasaaan di mana kita mampu memahami hati dan perasaan orang lain dan biasanya melalui tindakan, kata-kata, perbuatan dan sebagainya.




   Apa anda akan lakukan dalam menjadikan diri anda seorang yang memahami perasaan orang lain dan menerima mereka dengan jiwa yang terbuka?



TANAMKAN SIFAT PENUH SIMPATI

   agak sukar membayangkan jika di dalam jiwa anda tiada kasih sayang dan simpati dengan orang lain.
lebih b kanyak anda membantu,jiwa anda akan lebih memahami masalah yang menimpa orang lain sekali gus anda akan dapat menyelami hati dan perasaan orang lain.
   ia samalah seperti dalam sebuah perhubungan dimana anda dapat memahami pasangan, bermakna anda dapat menakluki jiwa dan raganya yang mungkin ikhlas menyanyangi dan mencintai anda.

  "asas kepada memahami pasangan ialah memberinya kebahagiaan, kepercayaan, mengingati Allah SWT dan kejutan buatnya.
   jangan sesekali menimbulkan kesedihan dihatinya, menyebabkan rasa meluat ,menimbulkan kemarahan pasangan serta mengharapkan kita difahami sedangkan diri kita tidak mahu berubah."



BUKAN DIADILI

   dalam empati tiada istilah mencari kebenaran.siapa yang benar dan siapa yang salah sebaliknya empati akan lahir dalam diri secara semula jadi.bukan semua yang memahami itu terbaik dimata orang lain sebaliknya anda hanya perlu menjadi diri sendiri.
   dalam masa yang sama,kita tidak boleh menyalahkan pasangan yang kurang empati sabaliknya berusahalah mananamkan hal itu dalam dirinya.
  mungkin agak sukar namun sedikit demi sedikit jika anda mengajarnya agar memahami orang lain suatu hari mereka akan memahami orang lain juga.



KEMAHIRAN MENDENGAR


   empati lahir dari jiwa yang memahami perasaan dan emosi orang lain.tahukah anda,kemahiran mendengar adalah kemahiran yang sukar dipraktikkan oleh semua orang.anda sekadar mendengar tetapi tidak memahami.
     ada pendengar boleh mendengar tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang mampu memahami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang lain.
    untuk anda lebih memahami orang lain,jadilah pendengar yang baik kerana jiwa mereka yang bermasalah akan rasa tenang jika anda dapat menyelesaikan dan memahami masalah yang dihadapinya



Thursday, 22 September 2011

seekor ulat & sehelai daun hijau (kisah renungan)

assalammualaikum...


       lama sudah "TOMEY" tak update post..sebab? PUTUS CINTA...... eh2! bukan la..hehehe,sebab takde idea,otak tepu or takda cerita kot..bak kata mat saleh "blank".

 "hehe,apa2 je la"
 "cakap banyak lak "TOMEY" nie,korang baca je la story nie,huhu"


Kelihatan seekor ulat bergoyang-goyang ditiup angin di celah dedaun hijau.


 "Apa khabar daun hijau!" sapa ulat kecil tersebut

tersentak daun hijau lantas menoleh kearah suara yang datang..

"Oh,kamu ulat.badanmu kelihatan kurus dan kecil,mengapa?" soal si daun hijau

"aku hampir tidak mendapat daun untuk dijadikan makananku,bolehkah engkau membantuku wahai sahabat".
tanya si ulat kecil.

"Boleh! boleh! datanglah kemari!" kata daun hijau.daun hijau terfikir,jika dia memberikan sedikit daun ini untuk makanan si ulat,dia tetap akan hijau.Hanya kelihatan berlubang-lubang....tapi tak mengapalah!


Perlahan-lahan si ulat kecil mengerakkan tubuhnya menuju ke daun hijau.setelah makan dengan kenyang,ulat kecil berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadu makanan si ulat.

ketika si ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang penuh kasih-sayang dan pengorbanan itu ada rasa kepuasan mendalam dalam diri daun hijau.

sekalipun tubuhnya kini berlubang disana sini namun dia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi si ulat kecil yang lapar.

tidak lama kemudian etika musim panas datang,daun hijau menjadi kering dan berubah warna.Akhirnya ia jatuh ke tanah ,disapu orang dan dibakar.

Demikianlah kehidupan kita.....hidup hanya sementara,kemudiaan kita akan mati.jadikanlah sifat berkorban sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membahagiakan semasa kita hidup di dunia.


Tuesday, 16 August 2011

cinta OH cinta

Assalammualaikum
                  
       CINTA..? eh..eh ..pesal "TOMEY" wat entri pasal cinta?


      "jatuh cintakah....?


      "putus cintakah..?

      "ekekekek....tade maknanya JATUH CINTA @ PUTUS CINTA"


  korang pernah jatuh cinta tak? eceh..ceh,jangan nak cover line..mesti pernah jatuh cintakan? kan..? tak kiralah dengan sesiapa pun yang orang cinta mesti korang sayang giler kat beliau "SI CINTA HATI"


sebenarnya "TOMEY" bukan nak share cerita pasal jatuh cinta @ putus cinta bagai..tapi ada juga kene mengena dengan perkataan CINTA tu juga lah.




PERNAHKAN CINTA KORANG DITOLAK?


"tak pernah..."


"ya, cinta saya pernah ditolak"

aduh..duh..duh....ditolak?? huhuhu dah bukan jodoh gamaknya,so! redha lah ye..
dalam kes "TOMEY" nie kan "TOMEY" yang menolak cinta someone.


"kenapa tolak..? tanya si member "TOMEY"


"la,dah memang aku tak ada perasaan kat K*** tu..dah tentulah aku tolak,aku anggap K***  kawan biasa je macam korang" kataku

sebenarnya,"TOMEY" menolak cinta si K*** atas sebab2 yang boleh diterima pakai dan diterima akal ("TOMEY" bukan nak aibkan sesiapa ok,ini kenyataan)


1.hati "TOMEY" telah dimilikki seseorang ( baca je info kat pesbok,terang2 tulis IN A RELATIONSHIP WITH ........................... ......................................) dan terus-terang si K***tu tahu dengan jelas pasal info nie.



2.si K*** tu sudah BERTUNANG..
 "WHAT...?? BERTUNANG....?" ye,dah bertunang..tp yang aneh pi menagih cinta kat "TOMEY" tu apesal?

 "adakah beliau mahu test saham?"

 "entah" agaknya la kot,macam nie punya jenis orang pun ada ke? adeh!!


3.tak pernah melayan pun segala PM beliau,hanya berbalas comment status "TOMEY" di FACEBOOK ( kejadah boleh jatuh cinta? )


korang,"TOMEY" tolak cinta beliau secara baik ok...pi  PM cakap elok2,terangkan baik2..tapi beliau tak balas pun PM "TOMEY"...ingatkan beliau boleh terima,rupa2nya beliau macam berdendam je pada "TOMEY"...apakah dalam hal nie "TOMEY"yg bersalah?pastu beliau buruk2kan nama "TOMEY" kat pesbok.

"HADOI...mengapa "TOMEY" kenal dengan orang yang begini?" kwang3...

ahh!!! len hal la sana,beliau nak buruk2kan "TOMEY" ke,ape ke ..sanalah
"len hal" ekekeekek...oppss...TERIMA KASIH juga pada beliau yang sudah memburuk-buruk kan "TOMEY"

*****yang pasti AKU ADALAH AKU...

Monday, 15 August 2011

susah ke nak ucap "TERIMA KASIH" ???

Assalammualaikum......


  Hola..pe kabo korang? sihat? ada bagus...? pose ok? harap semua ok la ye...
  korang!!! nak tanye nie? susah ke @ berat sangat ke nux cakap TERIMA KASIH ?




  rasa tak beratkan? tak susahkan? tapi "TOMEY" pelik nape ade segelintir orang nie dok susah sangat nak ucap TERIMA KASIH bila susah diberi bantu,pertolongan & sebagainya.kadang tu terkilan pun ade dengan orang yg ade sikap nie..padehal bukan susah pun nak cakap TERIMA KASIH,orang putih kata THANKS U...

CONTOH 1: kita pergi beli barang,lepas bayar kat kaunter koman2 harap la peniaga @ casher tu cakap

"TERIMA KASIH,datang lagi"

"adeh!!"

hampa,kadang tu casher dok wat derk jer kan..hadoi! kurang2 cakaplah "TERIMA KASIH" sebab beli kt kedai tu..kita dengar pun rase best je nak datang kedai tu lagi.

CONTOH 2: yang nie selalu je jadi bila kita tolong member..member ade masalah,perlu bantuan..tak kiralah bantuan yang macamne sekali pun kewangan,mintak tolong kasi pendapat ke..hape2 je lah,lepas je kita tolong beliau pun lesap ( tapi tak semua member ok!) agak2 la beb!! kalo ye pun say lah

"wey! THANKS tau tolong aku"

"senyap?" hah! tu dia terus senyap lepas ditolong..plis la,kesian kat member yang susah payah tolong korg tu,sekurang2nya cakap la "TERIMA KASIH" sejuk hati member mendengarnya

*********
banyak lagi contoh sebenarnya kan? tp nak share 2 contoh je la,kang share lebih2 ade yang sentap pula membacanya..kot2 ada yang terasa tersindir..kehkeh!! "TOMEY" bukan ape ,ucapan "TERIMA KASIH" tu kan dah macam penghargaan buat kita, oppssss...opppsss bukan macam tapi memang ok.

yang sebenarnya apa juga perkara kita harus ber-"TERIMA KASIH"

Berterima kasihlah pada orang
yang telah...
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia
telah membuat HATIMU KUAT...
☑ MEMBOHONGImu kerana dia
...membuat HIDUP mu semakin
BIJAKSANA...
☑ MEMBENCI mu kerana dia
yang MENGASAH KETEGARAN
mu...
☑ Dan MENYAYANGImu kerana
itulah ANUGERAH TERINDAH
dalam hidupmu
 


++ TERIMA KASIH pada korg yg sudi follow blog "TOMEY",yg sudi usya blog nie,yg sudi comment entri & yang sudi baca entri2 dalam blog nie


Monday, 8 August 2011

Sahabat sejati "TEMAN TERBAIKKU"

Assalammualaikum............


   Korg? ape pengertian sahabat pd korg? pada "TOMEY" sahabat tu teman yg sentiasa ada dalam ape jua keadaan dalam susah @ senang..sahabat juga teman ketawa dan teman menangis... betul tak??
Dalam hidup "TOMEY" ade 2 org sahabat yg paling "TOMEY" sayang,kagumi..wah!!! ayat puji tu..hekhek!!



"weh,ini bukan suke2 puji beb!! ini kenyataan"

siyes cakap,die org nie la yg paling memahami "TOMEY" ..haha,tak semua friend bole faham perangai gile-gile,sengal and kepala sort "TOMEY" nie.

"tabik spring tuk dieorang berdua nie............"


                 ASHIKIN BALQIS A.K.A MIENY


Die nie best,kalo "TOMEY" ade problem,ape je problem sume die tulun settlekan..."TOMEY" dah anggap die macam adik kandung..THANKS ADIKKU


             ALEXENDER SAM AJ A.K.A SAM

yang nie plak friend yang selalu bg semangat bila "TOMEY" dilanda kebuntuan........THANKS BRO!!



ape2 pun "TOMEY" memang sayang giler kat korang berdua,kata2 semangat dari korang buat "TOMEY" lebih bersemangat tuk melangkah jauh...



*****TERIMA KASIH YA ALLAH,mengirimkanku sahabat sejati

Saturday, 6 August 2011

Bila "TOMEY" sudah terasa........

Assalammualaikum.............................



           hisy....hari nie serba tak kena,duduk salah,berdiri salah..buat tu salah,buat nie lg lah salah..ape "TOMEY" merepek da................ta tahu nape ngan hri nie mmg serba ta kena..adakah "TOMEY" jatuh cinta?? adeh!!! bukan la............



HARI INI HARI CEPAT TERASA..........
  yup!! hari nie mood "TOMEY" mmg cepat beno terase,ta tahu la knape..rasa tade problem tp rase cam jiwa kacau jer..selalu kalau member2 bergurau kasar sekali pun "TOMEY" ok jer..tp hari nie member bergurau sikit jer pun "TOMEY" dah rase pedih jiwa raga..adeh!!! help!!!! help!!! kenapa dengan "TOMEY" nie....huhu nak nanges dah nie..........

hadoi!!! kenapa nie..........................


   

Wednesday, 3 August 2011

cara mengatasi kemarahan

assalamualaikum..........

    hari nie "TOMEY" nak share ttng cara mengatasi kemarahan,korg mesti pernah ade rase nak marah pada someone kan,nak pula someone tu buat korg bengang,hangin,sakit hati & bagai2 ar? tipu ar kalau korg takde perasaan marah tu..hehe.macam "TOMEY" plak cepat hangin lg ar penting utk ambil tahu bab2 mengatasi marah.camni caranya;


MEMENDAM KEMARAHAN BUKANLAH CARA YG TERBAIK 

"Memendam kemarahan tidaklah menyelesaikan kemarahan itu sendiri. Memendam kemarahan hanyalah menunda kemarahan untuk kemudian menjadi dendam kesumat yang berbahaya. Jika kemarahan ini tidak diatasi, maka kelak akan menimbulkan efek yang sangat merosakkan diri".
WOW!! bahaya nie...tapi jgn plak korg pi maki hamun,blasah org yg wat korg marah vs bengang tu..cara tu tak berkesan beb..caranya adalah korg mesti SABAR,sabar tu penting beb! pastu korg try cara nie

-ambil kertas & pen,korg tulis,luahkan apa yg korg marah sangat tu..pastu korg renungkan.............ya! renungkan tp bukan termenung..hehe and korang cuba bermuhasabah diri,pikir yg positif yg negatif korg ketepikan dulu.sedikit demi sedikit mesti kemarahan korg reda

-luahkan pd kawan,sahabat @ org terdekat (TP BUKAN PD ORG YG KORG TNGAH MARAH),opssss.......opssss....luahkan dengan berhemah ok! jgn pula korg pi lepas geram kt kawan tu kang tak pasal2 korg plak yg kena marah @ lebih mengharukan korg plak yg bergaduh dgn kawan tu.


TERAPI MINDA

 Terapi minda nie mudah je...macam2 cara korg boleh buat,pendek kata depan mata pun bole jadi

-korg try lepak kat tempat yg korg rasa aman,tenang @ lebih bagus bersendirian & damai.contoh; tepi pantai,atas bukit dan sebagainya.

-elak berjumpa,bertembung dengan someone yg buat korg marah tu..sebab dikuatiri korg mem-belasah @ hilang kawalan pula bila nampak someone tu..maklumlah korg kan tengah HOT time tu.

-ambil wudhu dan solat kemudian berdoa-lah kpd yg maha ESA,yg nie paling berkesan..betul!!! tak caya buat,insyaallah hati korg akan tenang pasni



nie je yg dapat "TOMEY" share,korg try la..tp jgn marah "TOMEY" kalau kesemua cara nie tak berkesan menghilangkan kemarahan korg.hehe